Kumpulan Kata Kata Mutiara Indah - Kata Kata Mutiara ini bisa sobat kliping kita berikan untuk sahabat, teman, pacar , guru, kakak, adik kekasih, orang tua, mantan pacar, selingkuhan, ayah, ibu, saudara, saudari, tetangga pokoknya buat siapa saja yang berarti bagi hidup sobat kliping kita semuanya. Beberapa contoh Kata Kata Mutiara Indah yang kliping kita berikan di bawah ini kita kumpulkan dari berbagai sumber media online dan offline.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak
bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat.
Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat
jahat. ~ Pepatah Arab
Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik
daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.
Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan
keluar.
Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng
yang tidak dibela. ~ Napoleon Bonaparte
Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau
dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah
untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang
diimaginasi.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana
berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat
kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. ~ Samuel Johnson
Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.
Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya
sekali.
Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya
sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan. ~ Abdullah Mansur
M.H
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai
keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak
dibajai dengan keberanian.
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana
setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu
boleh menjadi pandai.
Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan.
Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.
Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji..
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan
masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya.
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab
adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang
paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka
matilah orang itu. ~ Whittier
Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk
lutut, tetapi mampu melantun kembali.
Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya
sekadar senyuman.
Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. ~ Flower A. Newhouse
Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.
Yang Mungkin menarik untuk sobat klipingkita baca :
Nah kurang lebih seperti itulah referensi, artikel, review seputar Kata Kata Mutiara Indah. Jika informasi seputar Kata Kata Mutiara Indah ini bermanfaat bagi kalian semua, jangan sungkan berbagi dengan teman teman kalian di Facebook, Twitter dan google plus. Admin Kliping Kita